Misi Besar Gombak FC Layak Ke Piala Malaysia
Liga A1
Gombak FC
Advertisements

Pendatang baru Liga A1 Semi Pro, Gombak FC memiliki cita-cita besar meskipun ini musim sulung mereka dalam saingan liga berkenaan.

Ini kerana pasukan yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam itu ingin layak ke saingan Piala Malaysia 2024/25.

Hasrat itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gombak, Akmal Halim selepas majlis pelancaran jersi pasukan itu pada hari ini.

Advertisements

Keyakinan itu disuarakan beliau selepas melihat prestasi memberangsangkan yang ditampilkan Gombak dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim lepas.

Meskipun mengakui ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki, Akmal percaya barisan kejurulatihan diketuai Shahrom mampu menjadikan Gombak lebih mantap selepas ini.

Advertisements

“Melihat kesungguhan pemain didalam beberapa siri perlawanan akan memberikan keyakinan kepada Gombak FC untuk layak ke Piala Malaysia tahun ini.

“Kita yakin dengan komitmen pemain di setiap latihan dan perlawanan memberikan kita banyak kelebihan, diakui juga kita mempunyai beberapa kelemahan yang telah dibaiki oleh barisan jurulatih muda kita ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam 11 perlawanan persahabatan pra-musim yang diharungi Gombak, pasukan itu meraih enam kemenangan, empat kekalahan dan satu keputusan seri.

Gombak diperkuat beberapa pemain berpengalaman seperti Gerald Gadit (Sabah FC), Saiful Ridzuwan (Negeri Sembilan FC) dan Danish Haziq (Perak FC).

Advertisements

Gombak juga turut menerima sentuhan bek tengah muda Brazil, Vinicius Amaral sebagai orang besi harapan mereka musim ini.

Mereka akan menutup kempen pra-musim dengan turun menentang PDRM FC pada 28 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram