Misi Ke Asia Sasaran Utama Selangor 2023
Dunia
Selangor fc
Advertisements

Misi beraksi di pentas Asia diakui menjadi sasaran utama Selangor musim ini, menurut pengendalinya Tan Cheng Hoe.

Kali terakhir skuad Red Giants merasai nikmat bermain di pentas Asia adalah pada 2013 apabila beraksi di Piala AFC setelah menduduki kelompok tiga teratas Liga Super 2012.

Selangor beroleh peluang terbaik untuk menoktahkan penantian 9 tahun pada musim lalu, sekiranya berjaya menjuarai Piala Malaysia namun terpaksa akur dengan kehebatan JDT, sekaligus menyaksikan tiket terakhir ke Piala AFC disambar Sabah.

Advertisements

Setelah gagal tahun demi tahun dan berulang kali melaungkan mahu layak ke Asia, Cheng Hoe mempunyai keyakinan akhirnya sasaran itu akan menjadi kenyataan meskipun cabaran penuh onak dan duri menanti di depan.

“Memang satu cabaran dan juga tekanan pasti lebih besar untuk pasukan sebab kita tahu penyokong yang meletakkan jangkaan tinggi untuk pastikan pasukan berada di tahap terbaik.

“Sasaran kita adalah untuk mendapatkan satu slot ke Piala AFC, cuma masih terlalu awal untuk kita menilai pasukan ini sebab baru sahaja mula latihan pra musim.

Advertisements

“Kita juga belum ada skuad sepenuhnya lagi jadi kita perlu bersabar dan bekerja lebih keras untuk cuba raih sasaran itu”, ujar Cheng Hoe yang mempunyai skuad lebih mantap bagi musim 2023.

Selangor musim ini boleh dikatakan pasukan yang bakal menjadi pencabar kuat kejuaraan dengan skuad yang mereka miliki.

Selain mengekalkan ramai pemain tonggak seperti Brendan Gan, Sharul Nazeem, Quentin Cheng, Fazly Mazlan dan Mukhairi Ajmal mereka juga telah memancing khidmat pemain lincah Faisal Halim, Khuzaimi Piee, V.Ruventhiran dan terbaru Noor Al-Rawabdeh.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram