Advertisements
Misteri Kehilangan Rozaimi Rahman Terungkai
Liga M4
MakanBola
AFL

Selepas sekian lama menyepi dari arena bola sepak Malaysia, bekas penyerang berbisa skuad bawah 23 tahun negara, Rozaimi Rahman akhirnya muncul semula dengan pasukan yang baharu.

Rozaimi yang dahulunya pernah digelar ‘Neymar Malaysia’ kini kembali ke kancah bola sepak dengan beraksi untuk Machan FC dalam saingan Piala Al-Ikhsan 2023 bagi Liga M4. Machan FC merupakan kelab bola sepak yang berasal dari Sarawak.

Bagi saingan Piala Al-Ikhsan 2023, kumpulan terbahagi kepada tiga zon. Zon satu adalah bagi zon tengah dan selatan. Zon dua pula adalah zon bagi pasukan di pantai timur manakala zon tiga pula bagi pasukan di borneo.

Machan yang diletakkan di zon tiga (Borneo) kini mendahului carta dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan. Setakat ini, mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Selain Rozaimi Rahman, Machan juga dibarisi seorang lagi pemain bintang yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan. Pemain yang dimaksudkan ialah anak jati Sabah, Azzizan Nordin. Kehadiran Azzizan ke Machan juga agak mengejutkan kerana Azzizan merupakan salah seorang pemain skuad Liga Super Penang FC musim lalu.

Rozaimi dan Azzizan sememangnya sangat sinonim dengan pasukan Sabah. Namun mereka sudah tentu mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka memilih untuk beraksi di liga amatur berbanding liga yang lebih tinggi sebelum ini.

Related Articles