Mo Salah Dedah Sebab Lakukan Panenka
MakanBola
Egypt National Team

Ayam tambatan Mesir, Mo Salah mendedahkan beliau melakukan penalti Panenka sebagai cara meredakan tekanan yang dihadapi pasukan itu.

Hal ini dinyatakan beliau selepas Mesir mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia dengan menyingkirkan Australia menerusi penentuan sepakan penalti.

Salah mengakui beliau tergerak untuk melakukan Panenka pada saat akhir. Bekas penyerang Liverpool itu juga sedar penalti sebegitu cukup berisiko lebih-lebih lagi dengan Mesir memburu tiket pusingan seterusnya.

Walau bagaimanapun, Salah mengambil keputusan untuk melakukannya atas faktor pengalaman dan memastikan Mesir memiliki keyakinan mengharungi penentuan penalti.

“Jika ada seseorang yang mahu melakukan (penalti Panenka), (penalti) itu saya akan ambil. Saya lebih berpengalaman daripada pemain-pemain lain.

“Saya cuma mahu memberi (pasukan) keyakinan (dengan melakukan Panenka). Saya memutuskan (untuk melakukannya) pada saat akhir.

“Saya tak tahu sama ada itu detik terakhir Piala Dunia saya atau tidak tetapi saya kena lakukannya!” katanya seperti dilaporkan The Guardian.

Mesir bakal bertemu Argentina di pusingan 16 pasukan terakhir. Argentina mara selepas menewaskan Cape Verde 3-2 pada masa tambahan.