Tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA menjadi milik Mesir selepas menyingkirkan Australia hasil penentuan sepakan penalti.
Aksi sengit antara Australia dan Mesir selama 120 minit berakhir dengan keputusan seri 1-1 sebelum penentuan sepakan penalti berjaya membawa The Pharaophs mara ke pusingan seterusnya hasil kegagalan dua pemain Socceroos.
Benteng pertahanan Australia ditunjangi oleh 3 pemain tinggi lampai seperti Harry Souttar, Alessandro Circati dan Lucas Herrington sementara sentuhan sentuhan Mo Salah serta Omar Marmoush di bahagian serangan jadi senjata utama Mesir.
Meskipun menurunkan 3 ‘tembok besar’ di hadapan gawang, Mesir tetap berhasil menembusi pintu gol Australia menerusi tandukan pemain sayap, Emam Ashour pada minit ke-13 bagi meletakkan negara dari Afrika itu di hadapan 1-0.
Jaringan penyamaan yang dicari-cari oleh Australia akhirnya tiba di minit ke-55 setelah pertahanan Mesir, Mohamed Hany tertanduk bola tendangan percuma Aiden O’Neill ke dalam gawang sendiri bagi kedudukan kembali terikat.
Tiada sebarang jaringan dapat dijelmakam oleh Australia dan Mesir selepas itu hingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan selama 30 minit dan akhirnya penentuan tendangan penalti dilangsungkan setelah 120 minit beraksi.
Kemenangan 4-2 dalam aksi penentuan sepakan penalti memihak Mesir selepas Harry Souttar dan Lucas Herrington gagal menyudahkan tugasan penting tersebut.