Mora Dedah Misteri Kehilangan 3 Pemain Utama JDT Yang Cemerlang Di ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Walaupun berjaya mencipta kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super dan menewaskan Sarawak United FC bagi saingan Piala FA, namun ketiadaan tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perhatian.

Tiga pemain itu adalah pemain warisan negara, Natxo Insa dan dua pemain import JDT Shane Lowry dan Leandro Velazquez.

Pengendali JDT, Benjamin Mora mengesahkan ketiadaan tiga tonggak utama pasukan ini adalah disebabkan masalah kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Advertisements

“Beberapa tonggak utama seperti Shane (Lowry), Leandro (Velazquez) dan Natxo (Insa) tidak dapat diturunkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kelibat pemain yang diturunkan (ketika menentang Sarawak United) beri lebih keyakinan kepada mereka untuk beraksi dalam saingan liga,” katanya kepada Arena Metro.

Tiga tonggak utama ini merupakan watak penting JDT dalam mencipta sejarah sebagai kelab pertama Malaysia yang layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL). Lebih manis lagi, Leandro berjaya menjaringkan gol berkelas dunia ketika menewaskan Ulsan Hyundai pada aksi terakhir kumpulan.

Walaupun kehilangan pemain penting mereka, JDT tetap gah dengan dua kemenangan selepas kejohanan ACL. JDT kini merupakan pendahulu Liga Super 2022 selepas mencatatkan rekod bersih 5 kemenangan dalam 5 perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram