Advertising
Moses Atede Angkat Kaki Dari Kedah
Transfer
MakanBola
KDA FC

Pemain tengah Bahrain, Moses Atede akhirnya meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas hanya sempat bersama pasukan Sang Kenari untuk tempoh lima bulan sahaja.

Difahamkan, Moses Atede kembali ke Bahrain untuk menyertai Sitra Club yang beraksi di Liga Premier Bahrain iaitu kasta tertinggi liga bola sepak di negara tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama pasukan kebangsaan Bahrain di Piala Asia 2023 Qatar yang lalu yang mana menyaksikan Bahrain terkandas di pusingan 16 terakhir selepas tewas 1-3 di tangan Jepun.

Ad

Atede dijangka berdepan tugas sukar untuk memperbaiki kedudukan Sitra Club di liga dengan kini menghuni tangga ke-9 daripada 12 pasukan yang bersaing.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by نادي سترة الرياضي (@sitraclub)

Bersama Kedah musim lalu, Atede telah beraksi dalam 13 perlawanan untuk saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Cabaran. Satu gol berjaya direkodkan buat pemain kelahiran Nigeria ini sepanjang musim lalu.

Ad
Ad

Selain Atede, Kedah juga kehilangan tonggak tengah dari Tajikistan iaitu Amirbek Juraboev dan pertahanan kental, Bojan Ciger yang turut meninggalkan Sang Kenari selepas tamat musim 2023.

Ad

Kedah dijangka akan membawa masuk pemain import baharu bagi mengharungi saingan musim 2024/2025 dengan Nafuzi Zain kekal mengendalikan pasukan untuk musim keduanya bersama Kedah.