Mourinho Sah Sertai Tottenham Hotspur
Dunia
Advertisements

Tottenham Hotspur membuat pengumuman rasmi perlantikan José Mourinho sebagai pengurus baru pasukan. Kontrak Mourinho akan tamat pada akhir musim 2022-23 Liga Perdana Inggeris.

Pengumuman ini dibuat sehari selepas pemecatan Mauricio Pochettino yang dikatakan gagal mengawal bilik persalinan sejak beberapa perlawanan musim ini.

“Saya sangat teruja menyertai kelab yang penuh dengan tradisi hebat dan penyokong yang bersungguh-sungguh”, jelas bekas Pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Advertisements

“Kualiti pasukan sedia ada akademinya membuatkan saya teruja.”

Pengurusi kelab, Daniel Levy berkata; “Dengan Jose, kami mempunyai salah seorang pengurus paling berjaya dalam sukan ini. Beliau mempunyai banyak pengalaman, mampu mempengaruhi pasukan dan beliau seorang pakar taktikal. Kami percaya beliau akan membawa tenaga dan kepercayaan di bilik persalinan”

Tugas pertama Mourinho akan bermula pada Sabtu ini apabila Spurs akan menentang pasukan derbi London, West Ham.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram