Advertising
MPFL: MUFT Cabaran Pembuka Tirai JDT
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuka kempen Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2025 dengan menentang Malaysian University FT (MUFT).

Musim 2024 menyaksikan JDT mempamerkan prestasi dominan untuk meraih gelaran juara Divisyen 1.

Ad

Anak buah Juan Antonio Miguel Garcia meraih 13 kemenangan dan hanya tewas sekali dalam divisyen itu.

Ad

Tiga pemain kebangsaan, Ridzwan Bakri, Abu Haniffa Hasan dan Muhammad Saad Abdul Sani menjadi penjaring terbanyak JDT dengan masing-masing menyumbat 12 dan 10 gol.

Kini mereka akan melayan kunjungan MUFT di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 8 Mac ini untuk aksi pembuka tirai musim 2025.

Ad

Harimau Selatan memiliki rekod baik dengan lawan mereka itu. Ini kerana JDT pernah menewaskan MUFT 5-1 dalam aksi pra-musim di Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu.

Ad

Aksi ini juga berpotensi menyaksikan Alif Mat Amin membuat penampilan pertama bersama JDT. Alif menyertai Harimau Selatan dari skuad futsal Terengganu.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments