Advertising
Peledak Terengganu Kini Milik JDT
UltraSukan
JDT Futsal
Sponsors

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan bintang muda dari Terengganu, Alif Mat Amin.

Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran video di akaun media sosial JDT Futsal yang menyaksikan kelibat Alif berada di Stadium Tertutup Pasir Gudang sambil menyarung jersi JDT.

Ad

”Dari Pantai Timur ke Johor, selamat datang Alif Mat Amin,” umum JDT Futsal.

Ad

Alif yang berusia 27 tahun sertai JDT setelah menghabiskan musim dengan cemerlang bersama Terengganu musim lalu apabila berjaya menjaringkan 7 gol buat pasukan tersebut.

Selain Terengganu, Alif juga pernah beraksi bersama Pahang Rangers bermula pada musim 2021 sehingga musim 2023 sebelum kembali ke Terengganu setahun kemudian.

Ad

Untuk rekod, Alif adalah pemain kedua yang ditandatangani oleh JDT bagi memperkuat cabaran Harimau Selatan musim ini setelah berjaya mendapatkan Syed Aizad dari Selangor.

Ad

Skuad futsal JDT ketika ini sedang rancak lakukan persiapan dengan beberapa aksi pra-musim diatur menentang pasukan di sekitar Lembah Klang dalam misi mempertahan kejuaraan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments