Advertising
Muhammad Khalil Kembali Ke Pangkuan Selangor
MakanBola
FC Osaka

Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil sah kembali ke pangkuan Selangor FC selepas tamat tempoh pinjaman bersama FC Osaka.

Perkara ini diumumkan oleh pengurusan FC Osaka dalam satu hantaran di laman sesawang rasmi pasukan itu.

Ad

“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa pemain tengah Muhammad Khalil yang menyertai FC Osaka secara pinjaman dari Selangor dalam Liga Super Malaysia bakal meninggalkan FC Osaka pada akhir musim disebabkan tamat tempoh pinjamannya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Sepanjang bersama FC Osaka, Muhammad tidak merekodkan sebarang penampilan dalam saingan J3 League.

Meskipun begitu, pemain tengah berusia 19 tahun itu menghargai ilmu dan pengalaman yang ditimbanya sepanjang bersama pasukan itu.

Ad

“Walaupun saya berada di sini untuk tempoh yang singkat, pengalaman menakjubkan bersama FC Osaka bakal menjadi aset berharga kepada saya,” katanya.

Ad

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih, kakitangan kejurulatihan, kelab dan rakan-rakan dan penyokong yang telah menyokong saya secara tetap. Saya akan terus menyokong FC Osaka!”

Ad

Muhammad dijangka menambah lebih banyak pilihan buat jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi di bahagian tengah.

Muhammad bukan satu-satunya pemain yang meninggalkan FC Osaka. Kelab tersebut turut mengumumkan perpindahan penjaga gol, Tatsunari Nagai ke kelab J1 League, Shonan Bellmare.