Advertisements
Mukhairi Ajmal Mahu Balas Kepercayaan Jika Diberi Peluang
Dunia
MakanBola
Selangor FC

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal menjadi taruhan untuk mengemudi barisan tengah skuad keramat Harimau Malaya.

Beliau juga akui telah membuat persiapan awal jika dipanggil oleh Cheng Hoe dalam senarai kesebelasan utama.

Pemain muda yang berusia 20 tahun ini mahu mencipta rekod pertama apabila dapat bergandingan dengan pemain- pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.

Beliau juga optimis dan mahukan yang terbaik untuk pertandingan yang berprestij ini. Jelas Mukhairi, sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak beliau banyak berguru dengan Baddrol Bakhtiar.

Dengan setiap ilmu dan nasihat yang diberikan beliau sudah bersedia dalam apa jua cabaran yang berlaku terutama di pentas AFF petang ini.

“Saya banyak belajar daripada Baddrol sepanjang sesi latihan lepas dan sebagai pemain, saya sentiasa bersedia jika diberi peluang dan akan beri 100 peratus di atas padang.

“Secara jujur, saya cukup bermotivasi untuk mengharungi kempen musim ini memandangkan ini adalah penampilan pertama saya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki dan cabaran yang bakal diberikan cukup hebat.

Menurut kapten skuad negara B23, Mukhairi menjelaskan peranan yang berat sebagai pemain tengah ini cukup penting dalam pasukan kerana ianya merupakan posisi yang merancang segala yang berada di padang.

“Apa yang penting, sebagai pemain tengah, saya pasti komunikasi dalam kalangan pemain adalah cukup penting dan semua sedang berusaha untuk membentuk kesefahaman jitu sebelum hari perlawanan nanti,” katanya.