Mukhairi Ajmal Memang Tak Boleh Bawa Bincang
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perancang tengah pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus membuktikan kemampuan beliau di atas padang apabila menjadi watak penting pasukan dalam kejohanan Sukan SEA kali ini.

Pemain berusia 20 tahun ini mengetuai kempen Malaysia apabila diberi tanggungjawab untuk menjadi kapten sekaligus menggalas peranan yang amat besar.

Gandingan beliau bersama pemain tengah Terengganu FC, Nik Akif Syahiran begitu ampuh menerusi hantaran-hantaran yang amat membantu jentera serangan pasukan.

Advertisements

Ketenangan dan juga kebijaksaan perancang tengah Selangor ini jelas menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan apabila usaha keras beliau di atas padang sememangnya penting untuk menggerakkan pasukan muda negara.

Ketika Malaysia merakamkan kemenangan ketika menentang Thailand dan Singapura, Mukhairi jelas mendominasi dan menggalas tanggungjawab dengan cukup baik apabila berjaya mencipta 2 bantuan gol.

Tidak terhenti di situ, beliau terus menjadi watak penting menentang Singapura sungguhpun Malaysia terpaksa berpuas hati untuk sekadar mengutip 1 mata.

Advertisements

Sepakan penjuru cantiknya telah membuka ruang buat Faiz Amier yang tidak dikawal rapi untuk menanduk masuk gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Perancang muda The Red Giants ini sudah pun mengumpul 3 bantuan gol setakat ini dalam 3 perlawanan.

Malah, beliau seakan-akan tidak tahu erti penat apabila sering turun untuk membantu barisan pertahanan tatkala serangan balas terutamanya ketika menentang Singapura dilihat amat berbahaya.

Advertisements

Persembahan konsisten Mukhairi dan rakan sepasukan ditagih bagi memastikan kemenangan menentang Kemboja berjaya diraih dalam usaha untuk mara ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram