Mukhairi Ajmal: Taktikal Baru Kim Pan-gon Cetuskan Revolusi
Dunia
mukhairi7
Advertisements

Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal mengakui bahawa taktikal baru yang dibawa oleh Kim Pan-gon telah mencetuskan revolusi dan semangat yang tinggi buat semua pemain. 

Beliau menjelaskan skuad Harimau Malaya telah membuat persiapan yang awal dan rapi bagi mengharungi saingan Piala Raja Thailand itu kerana mereka sudah selesa dengan sistem baru yang direncanakan oleh Pan-gon.

Mukhairi turut menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama skuad negara kali ini dan akan menggunakan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin untuk memikat hati Pan-gon.

Advertisements

“Alhamdulillah saya dapat bersama skuad kebangsaan kali ini dan inilah peluang terbaik untuk saya tunjukkan kemampuan diri saya. Saya gembira kerana bukan senang untuk dapat bermain di bawah jurulatih baru dan peluang ini saya tidak akan sia-siakan,” jelasnya.

Pemain yang berusia 20 tahun itu juga merupakan antara tiga pemain baharu daripada skuad kebangsaan yang diberi peluang oleh Kim Pan-gon untuk beraksi. Beliau berharap pasukan ini mendapat kemenangan berhadapan pasukan Thailand kelak.

“Mungkin di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon kita ada taktikal baru, ini berikan lagi motivasi kepada semua pemain. Saya harap dapat keputusan yang positif perlawanan di Thailand nanti,” katanya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia bakal berentap dengan Thailand di dalam perlawanan Piala Raja Thailand yang akan berlangsung di Stadium Chiang Mai pada 22 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram