Mukhairi Simpan Hasrat Perkuat Harimau Malaya Di Piala AFF
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Perancang tengah Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal menyimpan hasrat untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Prestasi pemain berusia 21 tahun ini sering mencetuskan fenomena apabila memainkan peranan yang cukup penting bersama pasukan Selangor.

Malah, kemasukan jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak yang cukup besar dan kini beliau berjaya membantu The Red Gaints melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan, kapten pasukan bawah 23 tahun negara itu bersemangat sekiranya khidmat beliau diperlukan untuk membantu skuad kebangsaan.

Hal ini susulan kehadiran jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagi melihat pertembungan antara Selangor menentang Terengganu dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari.

“Itu saya tak boleh cakap apa kerana semuanya terpulang kepada jurulatih.”

Advertisements

“Semestinya saya sentiasa bersemangat untuk membantu skuad kebangsaan.”

“Apa-apapun semuanya terpulang kepada jurulatih (Kim Pan-gon) dan perancangannya buat pasukan,” jelasnya.

Mukhairi kini fokus untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti permainannya dan berharap beliau berpeluang bersama pasukan Disember ini.

Advertisements

Beliau sebelum ini telah pun memperkuatkan cabaran negara bersama pasukan senior pada Piala AFF 2020 dan kini prestasi memberangsangkan beliau sudah tentu mendapat perhatian Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram