Advertising
“Mungkin Bekas Pemain Boleh Jadi Presiden FAM” – Razman Roslan
MakanBola
PFA Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan tidak menolak kemungkinan bekas pemain bola sepak menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada masa hadapan.

Trend bekas pemain atau jurulatih menerajui persatuan bola sepak bukan perkara asing dalam dunia sukan berkenaan.

Ad

Antara figura yang berbuat demikian ialah Michel Platini (UEFA), Ivica Osim (Bosnia-Herzegovina), Samuel Eto’o (Cameroon) dan Tsuneyasu Miyamoto (Jepun).

Ad

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 menyaksikan dua legenda bola sepak negara turut mengambil bahagian. Dua legenda tersebut ialah Dato’ Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Dollah bakal bersaing dengan empat calon lain untuk kedudukan Naib Presiden FAM. Zainal pula akan berdepan cabaran 17 calon lain untuk merebut lapan kedudukan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Ad

Razman melihat penyertaan kedua-dua legenda Harimau Malaya itu mampu membuka jalan kepada bekas pemain atau jurulatih menabur bakti dalam FAM terutama di peringkat kepimpinan.

Ad

“Kehadiran Dato’ Dollah dan Datuk Zainal dicalonkan sebenarnya membuka peluang kepada bekas-bekas pemain,” katanya semasa menjadi panel Nindia baru-baru ini.

Ad

“Mungkin ada orang lain. Mungkin hari ini Dato’ Dollah jadi Naib Presiden (FAM), mungkin selepas ini Timbalan (Presiden FAM). Mungkin satu hari nanti bekas pemain boleh jadi Presiden (FAM).”

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 bakal diadakan pada 15 Februari 2025.