MUSA Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Melaka United
Dunia
Nazri Abu Bakar
Advertisements

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memberi bayangan mahu mengambil alih Melaka bermula musim hadapan susulan masalah tunggakan gaji yang terjadi dengan pengurusan ketika ini.

Presiden MUSA, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad menegaskan akan mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas skuad Hang Tuah yang tertunda sehingga kini sekali gus akan melantik peguam untuk pastikan semua berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, beliau juga akan membawa dan mengemukakan masalah ini bersama Exco serta semua yang terlibat untuk memberi keputusan yang terbaik buat Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA). 

Advertisements

“Tun Mohd Ali memandang serius perkara yang berlaku dan akan mengadakan pertemuan bersama pihak Kenteam Sdn Bhd sendiri untuk mencari penyelesaian terbaik.”

“Bagi musim 2023, saya sendiri akan melantik peguam untuk menyediakan perjanjian dengan memastikan MUSA menjadi pemilik 40 peratus saham dan baki 60 peratus lagi akan dipecahkan kepada empat syarikat swasta baharu,” jelasnya kepada Berita Harian.

“Kita akan berbincang secara terperinci bersama EXCO dan semua yang terbabit sama ada akan menukar nama baharu untuk pasukan Melaka tahun depan,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram