Dunia
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) mensasarkan untuk mewujudkan perjanjian hak penyiaran baharu buat penyiar di negara ini.

Presiden MFL iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kini proses perbincangan dengan pihak penyiar memasuki peringkat akhir dan mereka berharap ianya dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan seawal mungkin.

Sebelum ini, penyiar utama bagi Liga Malaysia adalah iflix sambil Media Prima menerusi TV9 turut menyiarkan beberapa perlawanan.

Advertisements

Akan tetapi untuk saingan musim ini, Hamidin memberikan bayangan akan ada perubahan dari segi penyiar Liga Malaysia.

MFL media Musim Baharu Penyiaran Baharu
MFL mahu perluaskan penyiaran Liga-M

MFL memberi bayangan hak penyiar akan dikongsi oleh beberapa entiti dan bukannya dimiliki secara mutlak oleh satu penyiar sahaja.

“Kami dalam proses untuk akhirkan semua perbincangan, pengumuman dijangka akan dilakukan pada Februari ini.”

Advertisements

“Kami harap Liga Malaysia akan dapat disiarkan di saluran televisyen percuma dan juga berbayar untuk penyokong musim ini,” tambahnya lagi.

Mengikut perjanjian terdahulu, MFL dan iflix menandatangani perjanjian hak penyiaran selama lapan tahun dengan musim 2020 merupakan musim ketiga penyiaran di bawah peranti penstriman tempatan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram