Perlawanan akhir Piala FA 2022 pada tahun ini berkemungkinan besar adalah perlawanan terakhir buat pemain sayap Johor Darul Ta’zim(JDT), Arif Aiman Hanapi.
Menurut satu ciapan di Twitter Kejar Bola, pemain terbaik perlawanan Piala FA 2022 itu bakal berkelana ke kelab lain pada tahun hadapan.
Beliau jelas berada dalam kelas tersendiri kerana konsistensi yang ditampilkan serta menjadi antara watak penting buat JDT dua musim kebelakangan ini.
Pemain berusia 20 tahun itu kini berada dalam prestasi terbaiknya selepas berjaya membawa trofi Piala FA kembali ke JDT selepas lima tahun.
Beliau juga sebelum ini telah berjaya membawa JDT mencipta sejarah dalam saingan Asian Champion League (ACL) pada musim ini.
Kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh pemain muda ini bersama kelab gergasi di Liga Malaysia, JDT dan beliau sememangnya layak untuk berada di pentas yang lebih tinggi.