Nafuzi Mahu Rahadiazli Beraksi Di Final
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menyatakan bahawa beliau mahu penjaga gol muda Terenggganu, Rahadiazli Rahalim beraksi di Final jika situasinya mengizinkan. 

Penjaga gawang yang berusia 23 tahun itu dikhabarkan semakin stabil selepas dikejarkan ke hospital semasa perlawanan Liga Super semalam.

Sementara itu, pengendali skuad Penyu, Nafuzi turut berkata berita tersebut semestinya melegakan pasukan dan juga penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan hitam putih itu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Nafuzi menjelaskan jika Rahadiazli tidak dapat beraksi di Final Piala FA, pasukan ada dua penjaga gol yang diberi kepercayaan untuk beraksi menggantikan Rahadiazli. 

“Belum pasti sama ada Rahadiazli dapat bersama-sama kami menjalani latihan esok. Tetapi pasukan ada dua penjaga gol yang biasa kami buat penggiliran iaitu Suhaimi Husin yang jumlah perlawanan terkumpul adalah lebih kurang sama sahaja.”

“Sudah tentu saya mahu Rahadiazli bermain di final, tetapi jika keadaan tak mengizinkan kami ada dua lagi penjaga gol iaitu Suhaimi dan Sharmiza Yusof yang sedia diturunkan bila-bila masa,” katanya kepada Bernama.

Advertisements

Perlawanan Liga Super Terengganu menentang Melaka United, skuad Nafuzi Zain berjaya menewaskan Melaka United dengan jaringan besar 5-0 sekaligus menjadi satu semangat kebangkitan sebelum beraksi di Akhir Piala FA 2022 yang akan berlangsung pada 10 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram