Nafuzi Zain Dan Manuel Ott Dibenarkan Beraksi
Piala FA
KDA FC
Advertisements

Walaupun dilayagkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang PDRM FC tempoh hari, namun ianya bukanlah penghalang bagi pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain dan pemain tengah, Manuel Ott untuk turun beraksi.

Nafuzi dan Ott tetap akan bersama skuad ‘Sang Kenari’ itu dalam aksi Piala FA menentang Penang FC malam ini. Ini kerana penggantungan kedua-dua mereka hanya dijalankan dalam saingan Liga Super sahaja.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh KDA FC di laman sosial mereka sebentar tadi. Ini bermakna, kedua-dua pemain tersebut akan membantu ‘Sang Kenari’ untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala FA sekali gus mencerahkan peluang untuk ke pentas Asia.

Advertisements

“Ramai mempersoalkan sama ada Nafuzi Zain akan bersama pasukan atau tidak malam ini rentetan kad merah yang dikutip dalam aksi Liga Super Sabtu lepas.

“Penggantungan automatik 1 perlawanan dari kad merah hanya akan berkuatkuasa dalam kejohanan yang sama dan Nafuzi akan menjalani penggantungan dalam perlawanan Liga Super Isnin depan menentang Kelantan United FC di Kota Bahru.

“Malam ini Nafuzi akan bersama pasukan dalam perlawanan aksi kalah mati, begitu juga Manuel Ott yang boleh beraksi dalam kejohanan Piala FA Pusingan Pertama malam ini di Stadium Darul Aman,” jelas KDA FC di laman Facebook mereka.

Advertisements

Nafuzi dan Manuel Ott sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila dilayangkan kad merah di atas insiden yang menjadi kontroversi dalam aksi Liga Super menentang PDRM. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kedah akur tewas 0-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram