Nafuzi Zain Dedah Rahsia Taktikal Yang Digunakan Bagi Memerangkap Pertahanan Selangor
Dunia
MalaysiaGazette-MFL
Advertisements

Kemenangan 2-0 Terengganu FC (TFC) ke atas Selangor FC semalam memperlihatkan betapa taktikal yang digunakan pengendali TFC, Nafuzi Zain begitu menjadi.

Nafuzi ketika ditemubual selepas perlawanan dilihat sangat berpuas hati dengan sumbangan para pemainnya dan beliau juga membongkar ramuan taktikal yang digunakan dalam perlawanan menentang Selangor semalam.

“Saya percaya dengan semua pemain saya tidak kira pemain muda atau sebaliknya. Kepercayaan yang saya beri itu dibuktikan di atas padang. Saya menghargai usaha para pemain.

Advertisements

“Saya lihat Selangor ‘push’ pertahanan kiri dan kanan serta menyerang dengan 5 ke 6 pemain jadi ada ruang-ruang yang kosong yang ditinggalkan. Maka secepat mungkin kita cuba gunakan peluang ini,” jelas Nafuzi ketika ditemubual Syed Adney dari MFL selepas perlawanan.

Jelas disini menunjukkan bahawa Nafuzi menggunakan taktikal serangan balas dengan menggunakan kelajuan pemain-pemain TFC untuk membelah pertahanan Selangor ketika Selangor menggunakan 5 ke 6 pemain untuk menyerang.

Kemenangan TFC ini menyaksikan mereka mencatat kemenangan kedua musim ini dan kini menghuni tangga ke-7 Liga Super dengan 6 mata. Selepas ini Liga Super akan berehat panjang untuk beberapa agenda skuad kebangsaan.

Advertisements

TFC akan menyambung saingan Liga Super pada 18 Jun nanti dan dijadualkan menentang juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram