Nafuzi Zain Dinobatkan Jurulatih Pilihan Penyokong Liga Malaysia
Dunia
MFL_MY
Advertisements

Jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain telah dipilih sebagai jurulatih pilihan penyokong dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam acara yang berlangsung penuh gemilang itu, terdapat beberapa acara utama yang menghiasi termasuklah anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang berjaya dirangkul oleh pemain muda berbakat, Arif Aiman Hanapi yang sedang bersama pasukan kebangsaan menjelang kejohanan Piala AFF Isnin ini.

Pengendali muda yang berasal dari Kelantan itu menjadi pilihan utama para penyokong setelah berjaya membawa Terengganu mengharungi kempen yang cukup cemerlang terutamanya dalam saingan Piala Malaysia apabila pasukan kendaliannya mara sehingga ke separuh akhir.

Advertisements

Namun begitu, tuah ternyata tidak memihak kepada pasukannya apabila tewas kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 4-1 sekaligus memaksa mereka untuk pulang awal.

Bagi saingan Liga Super pula, sungguhpun tidak dapat mengekalkan prestasi musim lalu, Terengganu kekal sebagai pasukan yang menjadi pencabar utama kejuaraan namun konsistensi menyebabkan pasukan ini terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keempat.

Bukan itu sahaja, kombinasi pemain import dan juga pemain muda dalam pasukan nyata membuahkan hasil apabila keserasian yang cukup baik berjaya ditonjolkan di atas padang termasuklah ketika menjadi satu-satunya pasukan yang menewaskan JDT musim ini.

Advertisements

Sungguhpun masa depan beliau bersama pasukan bimbingannya masih menjadi tanda tanya, beliau merupakan antara jurulatih tempatan yang menyerlah pada musim ini apabila berjaya mentrasformasikan pasukan setelah mengambil alih tugas daripada Irfan Bakti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram