Nafuzi Zain Kekal Bersama Terengganu FC
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Terengganu FC pada hari ini menjelaskan bahawa pengendali kelab, Nafuzi Zain akan kekal di kelab sungguhpun tular berita yang tidak benar di media sosial baru-baru ini.

Kenyataan tersebut menjelaskan pihak pengurusan kelab tidak akan berdiam diri dengan penyebaran berita tersebut kerana sudah pasti ia bakal memberi kesan dan mengganggu kedudukan pasukan dan juga para pemain yang sedang berjuang untuk menghabiskan saingan liga pada musim ini.

Tambahan pula, pasukan Terengganu pastinya ingin memberi sepenuhnya tumpuan kepada perancangan barisan kejurulatihan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi.

Advertisements

Namun begitu, berita yang sedang diperkatakan mengenai ketua jurulatih pasukan yang berasal daripada Pantai Timur itu menerima surat tunjuk sebab telah disahkan dan ia adalah benar.

“Pihak pengurusan ingin menjelaskan bahawa surat tersebut adalah tindakan kerja biasa yang dibuat secara bertulis yang dilakukan pihak pentadbir kelab kepada pengendali pasukan.”

“Ia bagi mengetahui sebab-sebab prestasi semasa pasukan yang dilihat kurang memuaskan untuk beberapa perlawanan terakhir,” -Jelasnya lagi.

Advertisements

Perkara ini dilihat amat penting buat kelab bola sepak yang telah diswastakan bagi memastikan semua pihak seperti kerajaan, para penyokong dan termasuklah penaja berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh pasukan di atas padang.

Pihak pengurusan kelab juga menegaskan bahawa berita jurulatih itu direhatkan ketika ini adalah tidak benar.

“Ianya dilihat berita yang sengaja direka dan ia juga boleh menjejaskan fokus pasukan ini dan boleh mengakibatkan prestasi dan kedudukan pasukan makin merudum.”

Advertisements

Terengganu ingin memastikan bahawa segala perjalanan pasukan berjalan dengan lancar dan juga menjaga imej pasukan daripada sebarang anasir negatif.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram