Nafuzi Zain Kekal Kemudi Terengganu FC
Dunia
csnsportstalk
Advertisements

Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain terus kekal bersama pasukan Terengganu sekaligus menutup spekulasi bahawa pasukan itu bakal mengambil jurulatih baharu bagi saingan musim hadapan.

Menerusi satu keputusan mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd hari ini, pihak Terengganu FC yang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah memaklumkan mengenai beberapa perkara utama yang melibatkan pasukan itu sendiri.

Ia juga termasuklah keputusan untuk mengekalkan pengendali pasukan tersebut dalam usaha memacu kegemilangan bersama pasukan yang berpangkalan di pantai timur itu.

Advertisements

Menurut keputusan mesyuarat ini, pengendali Terengganu yang berusia 42 tahun itu sah dikekalkan bagi saingan musim hadapan setelah berjaya mencapai kata sepakat menerusi perbincangan tersebut.

Bukan itu sahaja, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara yang melibatkan persediaan musim 2022 termasuklah senarai pemain yang akan bersama dan akan dilepaskan kelab ini bagi saingan musim hadapan.

Advertisements

Ini juga melenyapkan segala khabar angin yang memberitahu bahawa Nafuzi bakal mengemudi pasukan lain setelah tidak ditawarkan kontrak lanjutan bersama pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram