Nafuzi Zain Kunci Mulut
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain masih tidak mahu memberi jawapan balas mengenai masa depannya bersama pasukan musim hadapan.

Pengendali kelahiran Kelantan itu cemerlang mengemudi skuad Pantai Timur ini termasuklah berjaya melangkah ke pentas Piala Asia musim hadapan.

Prestasi memberangsangkan Terengganu juga melayakkan mereka ke final Piala FA sebelum tewas kepada JDT.

Advertisements

Walau bagaimanapun, masa depan Nafuzi bersama pasukan masih samar sungguhpun pihak pengurusan kelab sudah pun menawarkan kontrak lanjutan kepadanya.

Jurulatih muda ini bagaimanapun mahu menunggu sehingga akhir saingan Piala Malaysia musim ini kerana fokusnya bagi membantu TFC mara ke pentas final sekali lagi.

“Selepas berakhir saingan Piala Malaysia musim ini baharu saya jawab dan beritahu keputusan mengenai surat tawaran lanjutan kontrak itu.”

Advertisements

“Saya mahu fokus 100 peratus kepada pasukan dalam saingan Piala Malaysia terlebih dahulu bagi membantu TFC mara ke final,” katanya oleh Harian Metro.

Surat itu perlu dijawab dalam tempoh 14 hari dan akan berakhir pada 11 November 2022 sekaligus menyaksikan Nafuzi hanya memiliki sehari sahaja baki selepas Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram