Nafuzi Zain Lihat Perkara Positif Susulan Tewas Kepada Penang
Piala FA
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan 4-3 kepada Penang menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan pertama Piala FA sememangnya menyakitkan penyokong Kedah. Tetapi bagi jurulatih Nafuzi Zain, ada sisi positif yang dilihat bakal membantu Kedah dalam mendepani perlawanan-perlawanan Liga Super selepas ini.

Sepanjang perlawanan, Kenari dilihat bersungguh-sungguh mengancam pertahanan Penang diketuai Rafael Vitor. Walaupun pada satu ketika ketinggalan, anak-anak buah Nafuzi berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan menerusi kapten Manuel Ott.

Biarpun tersingkir dari Piala FA, kesungguhan dan semangat tidak putus asa ini diharap Nafuzi dapat dibawa dalam perlawanan Liga Super Kedah selepas ini.

Advertisements

“Pertama sekali, tahniah kepada Penang kerana layak (ke pusingan kedua Piala FA). Secara keseluruhan, saya rasa persembahan malam ini daripada empat perlawanan merupakan yang terbaik. Apa yang saya ingin (mereka) mainkan, dari minit pertama sampai ke penalti.

“Tetapi dari penalti, ya mungkin nasib tak menyebelahi kita. Tapi apa yang pemain tunjuk, dari segi usaha, walaupun kita ketinggalan, kita bangkit dan mencuba.

Advertisements

“Jadi, dari segi keseluruhan perlawanan, memang kitalah. Kita tak sepatutnya kalah tetapi itulah bola sepak. Kita tak ambil peluang, kita lakukan kesilapan, memang kita kena hukumlah. Jadi, untuk perlawanan seterusnya, ada positif yang kita boleh bawa,” katanya kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Dengan Piala FA tiada dalam senarai pemburuan trofi musim ini, fokus Kenari seterusnya ialah Liga Super dan Piala Malaysia. Nafuzi pastinya mahu anak-anak buahnya kembali mencatatkan kemenangan agar dapat memburu Sabah dan Johor Darul Ta’zim yang menduduki dua tempat teratas liga ketika ini.

Advertisements

Kedah bakal berdepan Kelantan United dalam perlawanan Liga Super seterusnya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 13 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram