Advertisement
Nafuzi Zain Nampak Kualiti Sebenar Pemain Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pengendali baharu Kedah, Nafuzi Zain mengakui setiap pemain yang dipilih ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon mempunyai kualiti yang tersendiri.

Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 itu menjelaskan perlawanan persahabatan bukanlah satu ukuran untuk menguji kemampuan sebenar pasukan, sebaliknya lihat pada perlawanan utama.

Dalam aksi persabahatan, bagi Nafuzi jurulatih hanya mahu mengukur sejauh mana pemain memahami perancangan taktikal yang diberikan. Kebanyakkan yang diturunkan adalah muka-muka baharu dan tidak dinafikan mereka juga antara pemain yang bagus dalam Liga Malaysia.

“Perlawanan persahabatan tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar pasukan, namun saya lihat pemain-pemain yang ada memiliki kualiti,” ujarnya.

“Kalau nak tahu kekuatan ­sebenar atau kekurangan kena tengok pada perlawanan utama,” katanya. Dalam aksi persahabatan jurulatih hanya mahu menilai sejauh mana pemain-pemain itu mampu mengikuti taktikal yang dimahukan.”

“Saya percaya pasukan ini mampu pergi jauh. Walaupun muka-muka baharu tetapi mereka antara pemain yang ­bagus dalam Liga Malaysia,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Semestinya pemain tersebut akan membuktikan kemampuan untuk memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF 2022 ini.

Selepas menang 1-0 ketika menentang Myammar kelmarin, Malaysia akan menerima kunjungan Laos Sabtu ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia mempunyai peluang untuk layan ke peringkat seterusnya jika menang kerana hanya dua pasukan teratas layak ke peringkat separuh akhir.