Nafuzi Zain Sambut Baik Pemain Terengganu Dipanggil Kim Pan-gon
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik seruan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang memanggil beberapa pemainnya bersama skuad kebangsaan.

Pengendali kelahiran Kelantan itu yakin pentas antarabangsa merupakan medan terbaik buat anak buahnya untuk tampil lebih matang dan memperbaiki corak permainan.

Katanya, peluang yang dimiliki oleh tiga orang pemain pasukan pantai timur itu iaitu pemain sayap lincah, Faisal Halim dan dia orang lagi pemain muda iaitu Rahadiazli Rahalim dan juga Azam Azmi Murad.

Advertisements

“Pendedahan ini bagus untuk pemain muda seperti Rahadiazli dan Azam kerana pengalaman beraksi bersama pemain senior amat berharga.”

Sambil itu, beliau mahu memastikan bahawa pasukannya dapat mengekalkan fokus untuk mengharungi saingan Liga Super untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tempat ke-3.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu bertindak drastik untuk melakukan perubahan pada skuad utama yang akan diturunkan pada perlawanan menentang skuad Harimau Kumbang itu nanti.

Advertisements

“Saya tak berfikir untuk membuat pertukaran secara drastik, mungkin kekalkan atau perubahan kecil sahaja,” katanya.

Terengganu kini dalam posisi terbaik untuk merebut kedudukan terbaik sambil mahu mengekalkan barisan pemain bintang bagi musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram