Nafuzi Zain: Terengganu Bermain Untuk Piala
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin pasukannya turun dengan satu misi iaitu bagi menjulang piala bagi perlawanan akhir menentang JDT esok.

Pengendali kelahiran Kelantan ini yakin bahawa para pemainnya sudah pun bersedia sekiranya diberi peluang untuk diturunkan.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 44 tahun ini sedar akan ancaman hebat yang bakal diberikan oleh pasukan Harimau Selatan sambil mereka mahu fokus bagi memberikan yang terbaik pada perlawanan esok.

Advertisements

Beliau turut mengakui bahawa anak buahnya sudah pun bersedia dan mahu mereka menikmati aksi di pentas final dengan persembahan yang sebaik mungkin.

“Kita (Terengganu) turun bermain tanpa tekanan disebabkan kita sudah pun melepasi laluan berliku untuk sampai ke sini.”

“Jadi saya mahu pemain saya bermain dengan seronok walaupun kita tahu JDT merupakan lawan yang sukar.”

Advertisements

Nafuzi turut memaklumkan bahawa persiapan pasukan berjalan dengan lancar sambil mengharapkan tuah memihak kepada pasukannya pada perlawanan kali ini.

“Kita memang akan turun untuk mendapatkan piala dan pastinya ia sangat penting buat saya sebagai jurulatih,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

Terengganu kini dalam landasan terbaik bagi menjulang piala selepas kali terakhir melakukannya 11 tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram