Nafuzi Zain Teruja Jumpa JDT Selepas 11 Tahun Terengganu Tak Ke Final
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik pertembungan final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA, 10 September nanti.

Pengendali muda berusia 44 tahun ini menyambut baik pemilihan venue yang ditetapkan bagi aksi final kali ini.

Ad

Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) telah pun mengesahkan perlawanan final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT)  pada 10 September depan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula jam 9 malam.

Ad

Beliau juga yakin ia bakal memberi kegembiraan kepada para penyokong terengganu untuk hadir bagi memeriahkan perlawanan itu nanti.

“Ini berita yang amat baik kerana pasukan dan pemain memang menantikan keputusan ini.

Ad

“Jadi sekarang pun kita sudah dapat tarikh dan kita akan bersedia menjelang tarikh itu.”

Ad

Walau bagaimanapun, Nafuzi tidak mahu fokus para pemainnya terganggu kerana ketika ini saingan Liga Super masih lagi berlangsung.

Ad

“Akan tetapi sekarang kita harus fokus dengan Liga Super dahulu sebab kita pun ada beberapa aksi sebelum final Piala FA.”

Jurulatih muda kelahiran Kelantan ini melihat perlawanan ini bakal menjadi aksi yang sangat penting buat bola sepak Malaysia selain menamatkan penantian Terengganu yang cukup lama tidak berpeluang beraksi di final.

“Pertemuan JDT dan TFC ini sangat menarik dan penyokong memang tertunggu-tunggu sebab kali terakhir kita ke final pun 11 tahun lepas,” katanya kepada MFL.

JDT dan Terengganu kini dalam prestasi terbaik dalam usaha untuk merangkul piala berprestij Malaysia ini.