Ads
Nama 3 Pemain Dicadang Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

3 pemain Harimau Malaya dicadang untuk memperkuat pasukan di bawah kendalian Pau Marti.

Advertisements

Keputusan mengejut oleh bekas pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon meninggalkan pasukan telah membuak ruang buat jurulatih Sepanyol itu berkhidmat sebagai ketua jurulatih.

Advertisements

Menurut pemerhatian bekas pemain negara, Razman Roslan, beliau mahu melihat pemain yang menyerlah dalam liga dipanggil untuk membawa cabaran Harimau Malaya.

Advertisements
Advertisements

Beliau memberi cadangan kepada Kim Pan-gon namun kini tugas itu diambil alih oleh Pau Marti.

“Kita tak kata perlu bawa pemain yang sama atau pemain baru, tapi kita nak lihat dia (Kim Pan-gon) membawa pemain yang cemerlang dalam liga.

Advertisements

Bekas pemain Selangor ini juga yakin pemain yang beraksi secara konsisten dalam liga sudah pasti bersedia untuk menggalas tugas bersama negara.

“Itu yang paling penting sebab saya rasa pemain yang cemerlang di kelab sudah pasti bersedia bersama skuad kebangsaan. 

“Jadi kalau ada pemain baru yang sudah memberi impak kepada kelab, saya rasa wajarlah dipanggil,” ujar Razman.

Razman mencadangkan tiga nama untuk dipanggil membantu skuad kebangsaan September ini.

“Saya rasa Azam Azmi, Sikh Izhan juga beraksi cemerlang. Harith Haiqal bersama Selangor juga konsisten beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Mungkin pemain-pemain ini boleh diberi peluang,” kata Razman kepada Nindia Bola.

Advertisements

Malaysia bakal menghadapi aksi Pestabola Merdeka 2024 yang dijadualkan pada bulan September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram