Advertisement
Nama Bergson Menyinar Di Pentas Dunia
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nama penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva menjadi sebutan di pentas dunia.

Ini selepas namanya tersenarai dalam kelompok lima pencipta hatrik terbaik tahun 2024 yang dibuat Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).

IFFHS membuat senarai pemain berdasarkan beberapa kriteria. Antara kriteria tersebut ialah hatrik dalam perlawanan antarabangsa (ICC+NT), hatrik untuk pasukan kebangsaan, kekuatan liga dan jumlah gol yang dijaringkan dalam hatrik yang direkodkan.

Screenshot 309 Nama Bergson Menyinar Di Pentas Dunia

Bergson berada di kedudukan kelima dengan empat hatrik, jauh mengatasi Cristiano Ronaldo, Vinicius Jr dan Cole Palmer.

Penyerang Uruguay, Martín Cauteruccio ditabalkan raja hatrik 2024 selepas merekodkan tujuh hatrik. Beliau disusuli peledak berbisa Norway yang mewakili Manchester City, Erling Haaland dengan enam hatrik.

Viktor Gyokeres dan Harry Kane masing-masing di tangga keempat dan kelima dengan mengumpul lima hatrik.

Ayoub El Kaabi, Salomon Rondon, Soufiane Rahimi, Omar Khribin dan Akram Afif melengkapkan senarai 10 pencipta hatrik terbaik tahun 2024.

Beberapa nama turut tersenarai dalam senarai sama tetapi dalam senarai berwarna kelabu. Ini disebabkan hatrik yang dilakar mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan IFFHS.

Antara nama yang ada ialah penjaring terbanyak ASEAN Championship 2024, Nguyen Xuan Son dan penyerang Geylang International dari Jepun, Tomoyuki Doi.