Nama Tiba-Tiba Meletup, Shafiq Afifi Sebenarnya Baru Kembali Daripada Kecederaan Otak
Piala FA
Ehsan MNY Football Club
Advertisements

Secara tiba-tiba nama penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bolasepak tanah air.

Semuanya kerana ketangkasan ditunjukkannya termasuk menyelamatkan dua sepakan penalti ketika membantu Penang menyingkirkan Kedah dalam saingan Piala FA pada Rabu.

Shafiq Afifi sebenarnya sudah bersama Penang sejak 2021, tetapi pada hakikatnya baru tahun ini diberi peranan sebagai penjaga gol utama.

Advertisements

Semuanya gara-gara kecederaan yang menyebabkan terdapat darah beku pada saluran darah ke bahagian otak yang dialami ketika sesi latihan sekaligus menyaksikannya terpaksa melupakan terus saingan musim 2022.

“Untuk saya, rasa satu kepuasan tersendiri kerana setahun setengah bergelut bangkit daripada masalah kesihatan yang menimpa saya pada 2021 apabila langsung tidak dapat beraksi pada musim berkenaan.

“Namun, saya tidak pernah berputus asa, kerja keras saya akhirnya membuahkan hasil apabila ada diberi peluang bermain 3 perlawanan pada musim lalu dan musim ini diberikan peranan selaku penjaga gol utama sejak aksi sulung Liga Super.

Advertisements

“Seronok, bangga dan puas dengan apa saya tunjukkan kerana dapat membantu Penang layak ke peringkat seterusnya. Terima kasih atas kepercayaan diberikan jurulatih dan perlawanan semalam akan kekal menjadi antara detik paling manis dalam karier saya,” katanya.

Tambahnya Shafiq Afifi lagi, “Semua orang tahu bila bermain dengan Kedah di Darul Aman, mereka pasti menekan kita bertubi-tubi dan disiplin yang ditunjukkan rakan sepasukan banyak membantu saya tampil dengan penuh yakin.

“Kami bermatian-matian dalam perlawanan semalam dan beraksi sebagai satu unit, nyata semangat juang yang ditunjukkan semua pemain sangat luar biasa.”

Advertisements

Pada perlawanan itu, Shafiq Afifi diangkat sebagai wira apabila menyelamatkan dua tendangan oleh Lee Tuck dan Bojan Ciger untuk membantu Penang mara ke pusingan kedua dengan keputusan 4-3.

Sebelum itu perlawanan antara kedua-dua pasukan berkesudahan seri 2-2 setelah tamat 120 minit permainan masa sebenar dan masa tambahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram