Advertisement
Nasihat Bermakna TMJ Kepada Arif Aiman
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi beberapa nasihat yang bermakna kepada pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman. 

Baginda berkata kepada Arif Aiman harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini ditulis oleh TMJ menerusi akaun instagram miliknya di ruang komen Instagram Arif Aiman.

image 22 Nasihat Bermakna TMJ Kepada Arif Aiman

TMJ turut mendoakan Arif Aiman diberkati oleh Allah dan diberi banyak lagi rezeki kejayaan di mana saja beliau berada terutamanya dalam bidang bola sepak.

Arif Aiman yang telah berjaya membawa JDT menang dalam saingan Liga Super sekali gus ia merupakan kemenangan ke-9 berturut-turut buat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Kesungguhan dan misi yang jelas dipamerkan oleh beliau dalam mengecapi beberapa kejayaan bersama kelab gergasi di Liga Malaysia, JDT sememangnya beliau layak berada di kelas yang tersendiri.