Kapten pasukan Imegresen FC, Nasriq Baharom mencetuskan sensasi apabila bertindak luar kawalan apabila menolak pengadil ketika beliau dilayangkan kad merah sambil menunjukkan isyarat kurang baik.
Kejadian itu berlaku ketika aksi antara Bunga Raya Damansara dan juga Imegresen FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Perlawan itu berakhir dengan keputusan 1-1 sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada tindakan luar kawalan daripada bekas pemain Selangor FC iaitu Nasriq Baharom.
Beliau dilihat telah menunjukkan isyarat kurang solan sebelum pengadil melayangkan kad merah kepadanya.
Nasriq kelihatan beremosi sebelum menolak pengadil perlawanan dan diarah untuk meninggalkan padang dengan segera berbaki 40 minit permainan.
Sebelum ini, terdapat dua insiden yang hampir serupa melibatkan pemain di Liga Super.
BR Damansara dan Imegresen ketika ini terikat di tangga kedua Liga A1 Semi Pro dengan 10 mata selepas 4 perlawanan musim 2024/25.