Naturalisasikan Bergson & Forestieri Pasti Berbaloi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehadiran dua pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri dilihat telah pun mengubah dimensi dan juga perjalanan liga tempatan dan taraf pasukan JDT itu sendiri.

Hal ini bertitik tolak daripada kualiti yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini yang mengangkat ’darjat’ pasukan Harimau Selatan untuk terus menyinar dalam saingan pentas tertinggi di Asia ini.

Bukan itu sahaja, kehadiran mereka juga telah memberi nilai tambah buat jentera serangan JDT yang dilihat sukar untuk digugat buat mana-mana pasukan ketika ini.

Advertisements

Persembahan memukau duo import ini telah memacu pasukan ke tahap yang lebih tinggi dan terbukti menerusi kemenangan bergaya ke atas pasukan Ulsan Hyundai malam semalam.

Kualiti dalam setiap gerakan selain keputusan yang dibuat di atas padang telah banyak membantu jentera serangan Harimau Selatan sekaligus berjaya melakukan 9 percubaan ke arah jaguh Korea itu.

Selain konsistensi, Bergson dan Forestieri menawarkan dimensi yang berbeza terutamanya ketika kebanyakan daripada jentera serangan tempatan kita gagal menterjemahkan peluang-peluang terhidang seperti yang mereka lakukan.

Advertisements

Oleh yang demikian, keputusan untuk menaturalisasikan kedua-dua pemain ini wajar dipertimbangkan tatkala kualiti dan bakat semulajadi mereka yang amat menakjubkan.

Bergson sudah pun menjaringkan 7 gol dalam saingan Liga Super dan 4 gol di pentas ACL sementara Forestieri telah meledak 8 gol secara keseluruhannya.

Ketika krisis jentera serangan terus menghantui pasukan negara, keputusan untuk melantik pengendali baharu, Kim Pan-gon merupakan satu langkah yang poraktif dalam usaha mengubah skala bola sepak negara.

Advertisements

Walau bagaimanapun, keputusan untuk menaturalisasikan penyerang seperti Guilherme De Paula masih dianggap suatu yang ’rambang’ tanpa mengira aspek yang boleh disumbangkan oleh beliau dan juga faktor umur yang memainkan peranan.

Oleh itu, duo penyerang JDT ini dilihat memenuhi kriteria yang dimahukan oleh pasukan negara dalam usaha untuk menajamkan lagi jentera serangan Harimau Malaya.

Sungguhpun usaha ini masih jauh kerana mereka baru sahaja beraksi di Malaysia, namun bakat seperti inilah yang sewajarnya dipertimbangkan sekiranya proses menaturalisasikan pemain mahu diteruskan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram