Advertisements
Natxo Insa Cedera Saat Akhir, Zhafri Yahya Pengganti
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Perancang tengah berpengalaman negara, Natxo Insa digantikan saat akhir oleh Zhafri Yahya susulan kecederaan.

Pemain berusia 38 tahun itu terlepas panggilan skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan.

Beliau berjaya memperagakan aksi prestasi cemerlang bersama JDT terutamanya dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

“Zhafri Yahya, berusia 30 tahun menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul Ta’zim yang tidak dapat melapor diri.

“Hal ini selepas beliau disahkan menerusi laporan perubatan telah mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan AFC Champions League Elite 2024/25 menentang Ulsan HD pada 5 November 2024,” ujar FAM.

Mukhairi Ajmal yang merupakan tonggak Selangor FC turut disahkan mengalami kecederana pada aksi ACL2 menentang Jeonbuk Hyundai.

“Fazrul Amir menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi dari Selangor FC yang hadir melapor diri, hari ini tetapi terpaksa dilepaskan.

“Pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan selepas beliau beraksi pada perlawanan AFC Champions League Two 2024/25 menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November 2024,” tambah FAM.