Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan kemenangan ketiga ke atas Lion City Sailors diketuai oleh Natxo Insa.
Skuad Harimau Selatan menurunkan beberapa muka utama seperti Zubiaurre, Natxo selaku kapten pasukan, Bergson dan juga Afiq Fazail.
Lion City Sailors yang bertandang di Stadium Sultan Ibrahim menurunkan nama-nama seperti Rui Pires, Adib Hakim, Bailey Wright dan juga Lennart Thy.
Aksi babak pertama menyaksikan beberapa percubaan dilancarkan oleh tuan rumah dan hampir memperoleh jaringan pembukaan menerusi Bergson Da Silva.
Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk mencari jaringan pembukaan berdepan kelab Singapura itu.
Anak buah Hector Bidoglio lega selepas kemasukan pemain gantian, Shahrul Saad membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-88.
Tambahan masa 3 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Kemenangan ini merupakan kali ketiga direkodkan oleh JDT berdepan Lion City Sailors setelah mengharungi dua aksi pada bulan Mei lalu.
JDT akan berdepan KL Rovers bagi aksi pusingan 16 terbaik sebelum terbang ke China bagi menghadapi Shandong Taishan pada 26 November.