Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor membuktikan bahawa beliau berada dalam kelas tersendiri untuk menjadi antara watak penting buat pasukannya.

Kehebatan pemain tengah berusia 27 tahun ini jelas terserlah apabila berjaya mengemudi jentera tengah Harimau Selatan sehingga mampu layak ke pusingan kalah mati.

Malah, keyakinan dan keputusan tepat yang sering dilakukan olehnya telah menjadi pencetus kepada jaringan-jaringan oleh pasukan kendalian Benjamin Mora.

Advertisements

Statistik menunjukkan bahawa Nazmi merupakan antara salah seorang pemain yang paling konsisten ketika diberi peluang untuk beraksi.

Secara purata, pemain tengah kebangsaan ini memiliki ketepatan hantaran sebayak 85% terutamanya ketika melakukan penciptaan peluang buat pasukan.

Bukan itu sahaja, Nazmi juga berjaya mendapatkan foul buat JDT yang membolehkan sepakan percuma diberi sekaligus membuka peluang buat pasukan menjaringkan gol.

Advertisements

Aksi terbaik bekas pemain tengah Selangor ini hadir ketika menentang Guangzhou FC pada perlawanan kelima apabila beliau beraksi selama 90 minit permainan.

Nazmi melakukan 3 peciptaan peluang penting selain ketepatan hantarannya telah membantu pasukan kendalian Mora untuk mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut.

Beliau juga seringkali turun untuk membantu barisan pertahanan mengekang asakan yang dilancarkan ke arah kubu JDT untuk memastikan pasukan tidak dibolosi.

Advertisements

Kreativiti dan pengalaman di pentas tertinggi Asia ini sudah pasti mendapat perhatian oleh jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera tengah Malaysia menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Nazmi Asia Nazmi Faiz Buktikan Kim Pan-gon Tak Ketandusan Perancang Tengah
Sofa Score
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram