Nazmi Faiz Idam ‘Lekat’ Dalam Percaturan Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor optimis untuk membantu skuad negara menjayakan misi menjulang King’s Cup dalam edisi kali ini.

Beliau beranggapan peluang yang hadir ketika ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap pemain untuk menyerlahkan potensi sebenar. Nazmi turut mengharapkan beliau diberi kepercayaan oleh Kim Pan-gon untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. 

“Jika diberi peluang, ya saya mahu bermain dalam kesebelasan utama pasukan. Akan tetapi, jurulatih ada idea tersendiri dan beliau (Kim Pan-gon) ada kepakaran dan keistimewaan dalam pertukaran pemain.”

Advertisements

Dalam pada itu, Nazmi menegaskan kemenangan di pentas King’s Cup ini amat penting sebagai persediaan kem kebangsaan. Beliau yakin barisan pemain telah bersedia untuk memberikan segalanya demi negara.

“Bagi saya semua kena bersedia. Paling penting bagi saya ialah disiplin dan beri 100 peratus peranan dalam setiap perlawanan. Kita mahukan kemenangan kerana datang sini bukan untuk bersantai, tetapi kita mahukan piala ini. Ia penting untuk negara dan saya.”

Malaysia bakal berdepan Thailand hari ini jam 9.30 malam bagi perlawanan pembukaan kempen King’s Cup 2022 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram