Negeri Sembilan Bakal Miliki Pemain Naturalisasi Pertama?
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC difahamkan berpeluang untuk memiliki pemain naturalisasi pertama pada musim 2023.

Menerusi beberapa laporan, skuad Hobin Jang Hobin akan menambah bilangan pemain import selepas bekas bintang Penang FC, Casagrande akan menjadi import terbaru mereka.

Pemain berusia 32 tahun itu terkenal dengan jolokan ‘kepala emas’ dan sering menjadi igauan pertahanan lawan menerusi kemampuan luar biasa kepalanya.

Advertisements

Beliau difahamkan akan menyertai skuad K.Devan yang kini hanya dibarisi dengan empat pemain import menjelang sepak mula Liga Super 2023.

Walau bagaimanapun, menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas pemain Felcra FC ini boleh didaftarkan selaku pemain naturalisasi.

Kemasukan Casagrande sudah tentu mampu untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan untuk terus memperbaiki kedudukan selepas hampir layak ke pentas Asia tahun lalu.

Advertisements

Sungguhpun kelibatnya tidak kelihatan dalam majlis pengumuman rasmi skuad 2023 pasukan, beliau akan tiba untuk menyertai skuad Jang tidak lama lagi.

Setakat ini, beliau sudah pun menjaringkan 51 gol sepanjang hampir 5 tahun berkelana di Liga Malaysia dengan 20 gol bersama Felcra, 2 gol bersama Melaka United dan 29 gol ketika di Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram