Negeri Sembilan Laksanakan Permintaan K. Devan
Dunia
negeri sembilan fc
Advertisements

Pasukan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa akan menggunakan tiga pemain import bagi saingan Liga Super 2023 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Satwant Singh menyatakan bahawa pihak kelab akui kehadiran pemain import mampu menambah kekuatan pasukan untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan.

Advertisements

“Justeru itu, satu keputusan telah dibuat dan pihak kelab bersetuju untuk mengambil 3 pemain import dalam menghadapi saingan liga yang akan berlangsung pada 26 Februari 2023,” dalam satu kenyataan di NSFC.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa ini adalah satu inisiatif yang diambil bagi memenuhi permintaan jurulatih NSFC, K. Devan dalam usaha untuk memantapkan lagi skuad.

“Ini merupakan salah satu langkah yang diambil dalam menstrukturkan semula pasukan selain menambah kekuatan pasukan di tiga posisi utama yang amat diperlukan oleh Ketua Jurulatih, K. Devan.

Advertisements

Negeri Sembilan akan mengekalkan pertahanan kental mereka, Mark Herold Goulon dan mengumumkan pemain import baharu, Ezechiel Ndouasel kelahiran Republik Chad.

Sementara itu, pemain import yang ketiga masih dalam rundingan dan difahamkan akan beraksi di posisi tengah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram