Negeri Sembilan Sambar Bekas Peledak Berbisa Penang
Transfer
MFL
Advertisements

Ramai menyangka pencarian awang import Negeri Sembilan sudah berakhir dengan Levy Madinda dan Ezechiel N’Douassel. Tetapi hari ini, skuad Hoben Jang Hoben dikhabarkan akan merekrut bekas pemain Penang, Casagrande.

Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Casagrande dijangka bakal bergandingan dengan N’Douassel di bahagian serangan. Ini sekaligus melegakan jurulatih K. Devan yang mahukan jentera serangan efektif untuk memacu cabaran skuad Jang dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Selain Penang, Casagrande juga pernah mewakili KL City, Melaka United dan Felcra FC. Semasa bersama Harimau Kumbang, dia menjulang Liga Perdana musim 2020 dan menjadi penjaring gol terbanyak musim tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram