Bakat Baru: Seorang lagi pemain warisan Harimau Malaya dikesan lincah beraksi bersama Barcelona.
Pemain yang dilaporkan oleh laman Frfuturetalents ini ialah Naim Garcia yang kini menempa nama di Sepanyo bersama skuad Barcelona B.
Tonggak yang lahir di Kota Madrid ini merupakan antara bintang muda yang menjadi tumpuan di Eropah selain merupakan antara bintang masa depan Sepanyol.
Naim berkebolehan untuk beraksi pada beberapa posisi serangan seperti sayap kiri dan kanan dengan begitu baik.
Beliau memiliki ketinggian 1.8 meter dan kini beraksi buat FC Barcelona B selain memiliki kebolehan teknikal yang baik menggunakan kaki kirinya.
Bekas pemain Akademi Real Madrid itu dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek belah bapanya yang merupakan orang Sabah.
Prospek berbakat ini masih berpeluang beraksi buat Sepanyol dan Malaysia dengan nilai pasaran pemain ini mencecah 500,000 Euro (RM2.5 Juta).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sedia memenuhi permintaan Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon yang bakal membuat penilaian terhadap pemain warisan yang dimahukannya.
FAM bakal menjalankan tindakan susulan hasil penilaian yang dilakukan oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya.