Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Ketika semua pasukan sedang sibuk memperkuatkan pasukan menjelang musim baharu Liga Malaysia yang dijangka akan bermula 24 Februari depan, situasi kurang menyenangkan membelenggu penyokong pasukan Kelantan FC.

Kelantan memulakan aksi pra musim dengan menentang kelab gergasi Thailand, Buriram United yang mana menyaksikan mereka tewas besar 0-7. Aksi pra musim diteruskan dengan menentang pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga berakhir dengan kekalahan 0-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman itu.

Ketumpulan di bahagian serangan Kelantan menjadi topik hangat perbincangan di antara penyokong ‘The Red Warriors’. Namun baru-baru ini, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham mengesahkan penyerang tinggi lampai dari Gambia, Nuha Marong bakal menjadi penggempur Kelantan musim 2023 ini.

Advertisements

“Semoga Nuha Marong serasi di Malaysia. Pengalaman beliau sebagai penyerang kebangsaan Gambia dan pernah bermain di Liga Sepanyol ditagih. Selain Nuha, ada 4 orang lagi pemain Import yg akan diserapkan selepas penilaian jurulatih, Choi Moon Sik,” kongsi Zamsaham di laman Facebook beliau.

Walaupun Nuha sah menyarung jersi Kelantan musim 2023, namun rata-rata netizen dari Gambia pelik khidmat Nuha masih ditagih pasukan lain. Ini kerana, Nuha dikatakan bukanlah penyerang yang baik buat Gambia.

nuha marong Netizen Gambia Pelik Dengan Tindakan Kelantan
Antara kritikan ke atas penyerang baharu Kelantan FC, Nuha Marong.

Statistik terkini juga menunjukkan Nuha gagal menjaringkan gol bersama bekas kelabnya, Rajasthan United yang beraksi dalam liga divisyen dua India. Sudah tentu pengalaman luas dan kelebihan fizikal akan menjadi aset terpenting Nuha bagi menyerlahkan kemampuan beliau di Liga Malaysia musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram