Newcastle Hampir Pasti Bertukar Hak Milik, Syarikat Putera Saudi Bakal Lengkapkan Pembelian
Dunia
Advertisements

Pengambilalihan Newcastle United oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) yang dipengerusikan oleh Putera Arab Saudi, Mohammed Bin Salman dilaporkan akan terlaksana pada hari ini.

Sebelum ini, proses PIF untuk mendapatkan Newcastle tergendala disebabkan perselisihan antara Arab Saudi dan juga syarikat Bein Sport yang dimiliki oleh Qatar berkenaan dengan versi rangkaian cetak rompak yang dihoskan dan dibenarkan beroperasi di Arab Saudi. Konsortium Amanda Stavely, di mana memegang saham Dana Pelaburan Awam sebanyak 80 peratus sebelum ini secara rasmi menarik tawaran sebanyak 300 juta USD terhadap Mike Ashley pada bulan Julai 2020 setelah menunggu hampir 17 minggu untuk Liga Perdana Inggeris membuat keputusan di bawah ujian pemilik dan pengarahnya.

Namun dikhabarkan bahawa perselisihan tersebut telah diselesaikan dan ini memberikan “lampu hijau” untuk Arab Saudi melengkapkan proses pemilikan pasukan Newcastle United.

Advertisements

Difahamkan bahawa perbincangan mengenai proses hak milik tersebut telah mendapat kemajuan yang positif yang mana dapat disimpulkan bahawa masa pemerintahan Mike Ashley di St James’ Park bakal berakhir tidak lama lagi.

Rata-rata penyokong Newcastle berasa teruja dan meraikan pengambilalihan itu, di mana mereka telah meminta pemilik kelab, Mike Ashleyy untuk menjual Newcastle bertahun lamanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram