Neymar Tayang ‘Six Pack’ Selepas Dituduh Berbadan Gempal Oleh Pihak Media
Dunia
MakanBola
Instagram: neymarjr
Advertisements

Baru-baru ini Neymar telah dituduh berbadan gempal ekoran beberapa gambar percutiannya tersebar kepada khalayak umum. Malah sewaktu aksi Brazil menentang Chile, Neymar kelihatan semakin berisi sekali gus mendapat perhatian ramai.

Neymar kemudiannya menjawab tuduhan tersebut melalui IG Story miliknya dengan memaklumkan beliau memakai baju bersaiz L dalam perlawanan terbabit. Neymar turut berkata beliau akan memakai baju bersaiz M selepas ini bagi membuktikan badannya tidak seperti yang diuar-uarkan oleh pihak media.

Advertisements
neymar brazil Neymar Tayang ‘Six Pack’ Selepas Dituduh Berbadan Gempal Oleh Pihak Media
Badan Neymar kelihatan berisi sewaktu menyarung jersi Brazil

Namun kerana masih tidak berpuas hati dengan kecaman yang diterima, Neymar telah memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan otot badannya bagi menutup mulut pihak media dan peminat yang mengecamnya.

neymar jr ig Neymar Tayang ‘Six Pack’ Selepas Dituduh Berbadan Gempal Oleh Pihak Media
Photo: neymarjr

Gambar tersebut dimuat naik di Instagram miliknya sambil meletakkan caption “Wow”.

Advertisements

Rata-rata pengikutnya membalas dengan emoji ketawa kerana terhibur dengan tindakan pemain kelahiran Brazil ini. Malah gambar tersebut turut mendapat perhatian daripada rakan bola sepaknya seperti Kylian Mbappe, Vinicious Junior dan Douglas Costa.

Neymar yang kini berusia 29 tahun sedang menikmati karier bola sepaknya bersama Paris Saint-Germain malah kehadiran bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi bakal menyuntik semangat baharu dalam membantu kelabnya memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] kelihatan gempal di atas bot begitu hangat diperkatakan sehinggakan dia terpaksa mengeluarkan satu hantaran di media sosial yang mempamerkan perutnya untuk meredakan kritikan terhadap […]

News Comments Account