Nidzam Jamil Kongsikan Kenangan Bakat ‘Mat Moto’ Amri Yahyah
Dunia
Advertisements

Penolong jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil hari ini telah berkongsi satu kisah menceritakan kenangannya bersama lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah.

Pemain Sabah FC, Amri Yahyah sekali lagi mendapat perhatian pemerhati bola sepak tempatan apabila berjaya mencatat hatrik dalam perlawanan Liga Super yang melibatkan pasukan Sabah dan pasukan Kedah Darul Aman pada kelmarin.

Dalam satu ciapan di laman Twitter Nidzam Jamil, jurulatih muda itu menceritakan sisi kesungguhan serta kegigihan Amri ketika menjalani latihan. Semangat yang ada dalam diri Amri telah menarik minat jurulatih Selangor ketika itu, Haji Rahman untuk menyerap masuk beliau ke skuad utama pasukan Selangor.

Advertisements

Nidzam menjelaskan pada tahun sekitar 2001, Amri terkenal dengan jolokan Mat Motor. Menurutnya, budak ‘Mat Motor’ ini hatinya kering dan tidak mudah berputus asa.

Kesinambungan daripada kisah Mat Motor itu, individu bernama Amri Yahyah hari ini telah menjadi satu fenomena buat arena bola sepak negara atas keringat dan jasanya buat skuad kebangsaan serta keberadaannya yang sentiasa mewarnai saingan Liga-M hingga hari ini.

Beliau yang kini bersama Sabah FC sejak musim lepas sedang menjalani musim yang baik bersama skuad kendalian Ong Kim Swee itu.

Advertisements

Pasukan Sabah kini berada di tangga kedua dalam saingan Liga Super 2022 setelah mengharungi enam perlawanan. Setakat ini, The Rhinos berjaya mencatat 9 mata secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram