Nidzam Jamil Kongsikan Tips Jadi Jurulatih Bola Berkaliber
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Penolong jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tampil memberi beberapa tips bagaimana mahu menjadi seorang jurulatih bola sepak.

Beliau yang sebelum ini telah menerima banyak persoalan daripada peminat dan penggemar bola sepak tempatan menjelaskan dalam satu ciapannya di Twitter.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan awal yang perlu dilakukan adalah bermula dengan mengajar anak sendiri, jiran dan kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan.

Advertisements

Jelas Nidzam, pemulaan haruslah bermula daripada persekitaraan terdekat supaya kita dapat mula dari bawah dan bersedia untuk menghadapi cabaran.

Tambah Nidzam, minat ini perlu dikembangkan dengan rajinkan diri melihat banyak perlawanan dan hadir ke kursus kejurulatihan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang dunia kejurulatihan.

Advertisements

Untuk rekod, sebelum berkelana ke Selangor FC sebagai penolong jurulatih, Nidzam Jamil menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih Felda United FC selama setahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram